Khamis, 14 April 2011

Dalam Botol dan Fatine@Fadil......

"Mamak!! .... kopi tongkat Ali satu"

Baru-baru ni sebuah filem berjudul Dalam Botol arahan Khir Rahman ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Filem Dalam Botol terbitan Raja Azmi ini mengisahkan hubungan cinta pasangan SONGSANG lelaki dan lelaki. Dek kerana cinta yang terlampau mendalam konon-kononnya, salah seorang dari lelaki tu telah bertindak nekad dengan membuang alat sulitnya semata-mata untuk menjadi "WANITA" bagi menyempurnakan episod cinta mereka. Namun tanpa disangka-sangka pakwe dia pulak tak dapat menerima tindakan kekasihnya itu kerana dia mencintanya kerana  sifatnya sbg lelaki. Bukan sebagai lelaki yang menukar jantina. PULAK DAH!! Apa boleh buat. Nasi dah menjadi bubur. Hendak berpatah balik pun dah susah sebab identiti lelakinya telah di BUANG di Dalam Botol buat selamanya.........

Suatu ketika dahulu masyarakat Malaysia pernah digemparkan dengan berita mengenai seorang maknyah bernama Fatine @ Fadzil yang telah bertindak nekad dengan menikahi seorang jejaka Inggeris bernama Young. Mereka berkenalan di Kuala Lumpur. Hancur luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang telah mengambil tindakan yang jelas membelakangkan agama dan norma-norma kehidupan orang melayu.

Namun hari ini dilaporkan di dada-dada akhbar bahawa pasangan SONGSANG ini sudah tidak sehaluan lagi dan telah berpisah.


“Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia,” katanya dipetik The Daily Mai



Bagaimanapun difahamkan Fatine @Fadzil tidak pernah menjalani pembedahan untuk menukar jantina dan alat sulitnya masih kekal terpelihara. Dia hanya mengambil hormon wanita sejak umurnya 17 tahun.

Dua kisah cinta SONGSANG dalam versi yang tersendiri. Satu dalam bentuk filem@rekaan dan satu lagi adalah realiti. Satu yg telah membuang aset penting seorang lelaki dan satu lagi masih terpelihara.....

Bagi aku Fatine @Fadzil tu masih beruntung kerana masih berpeluang untuk kembali kepada keadaan yang sepatutnya. Cuba bayangkan kalau dia mengambil tindakan seperti dalam kisah filem "Dalam Botol" tu..... terus gelap masa depan.





Moral of the story (pentingnya English education....) hidup kita yang telah CANTIK diatur kenapa perlu dicaca merbakan. Agama telah menggariskan panduan dan pedoman dalam meneruskan kehidupan tanpa perlu ditokok tambah lagi. Lumrah kehidupan LELAKI berpasangan dengan PEREMPUAN. Ada sebab dan hikmah disebaliknya. Tentulah untuk pembiakan. Mana nak datang zuriat bila lelaki kahwin ngan lelaki!!!!!!

"Mamak!!... kira semua"


2 ulasan:

  1. aku dgr fatine i just using `his` xhb ni je.ntk dptkn VISA..menurut cte 2 lg,mat salleh ni pnh nk bunuh diri,frust dak fatine ni main2kn die..byk duit dia hbs..

    BalasPadam
  2. dengar kata macam tu lah.... tp tak de pekdah pun... inilah padahnya bila ikutkn nafsu sgt.... tp pelik pulak nafsu diorang ni.... eeeee

    BalasPadam