Jumaat, 8 April 2011

Pengaruh Filem

"Mamak! teh tarik satu.... roti kosong tak mahu banjir"

Mungkin ramai yg telah menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) pada malam minggu yang lepas. Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana menggondol anugerah Bintang Paling popular buat kali pertama. Namun seperti kata pemenang itu sendiri, kalau tak kerana Siti Nurhaliza menarik diri dari bertanding adalah mustahil untuk dia menang kerana aura Siti Nurhaliza yang begitu kuat.

Kali ini aku bukan nak bercerita mengenai ABPBH, Shaheizy Sam atau Siti Nurhaliza. Aku nak bercerita mengenai satu lagi aura yang muncul pada malam itu. Aura yang aku maksudkan tu adalah aura Hantu Kak Limah. Memang tak boleh dinafikan langsung kegemilangan para pemenang pada malam itu ditenggelami oleh penampilan seketika 2 orang tonggak utama "Hantu Kak Limah" iaitu Johan dan Shy8 (Usop). Penampilan mereka yang telah menggamatkan dewan hingga menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa. Ternyata penangan Hantu Kak Limah telah menjadi fenomena di Malaysia setidak-tidaknya buat seketika.
Kalau ada yg masih terpinga-pinga siapakah dia Hantu Kak Limah ini, aku andaikan orang itu bukan berbangsa Melayu ataupun baru pulang dari luar negara. Rata-rata memperkatakan mengenai Hantu Kak Limah. Dialog-dialog seperti "cer citer..cer citer, kita bakor, english education, wilcha" adalah antara dialog yg menjadi ikutan dan trademark bualan ketika ini tak kira peringkat usia, latar belakang pendidikan dan sebagainya. Secara jujur aku nak bagitahu bahawa aku sendiri buat pertama kalinya telah menonton sebanyak 2 kali di pawagam.

Apakah yg menariknya mengenai filem ini? terpulang kepada penilaian masing-masing. Walaupun ramai yang menggemarinya namun ada juga yang tak minat. Adat la tu...

Walaupun kita menonton filem hanyalah sekadar hiburan, namun janganlah menonton KOSONG sahaja kerana dalam filem Hantu Kak Limah itu sendiri mengandungi mesej yang ingin disampaikan. Secara peribadi mesej yang cuba disampaikan itu sampai kepada aku. Orang lain aku tak tahu la. Antara mesej yang dapat aku nukilkan adalah....

  • masyarakat kita sering dimomokkan dengan perkara tahyul mahyul
  • masyarakat kita suka menokok nambah cerita hingga cerita yang asalnya A telah menjadi Z pada orang yang terakhir menerimanya.
  • kurang mengambil berat perihal jiran tetangga.
  • tidak sedar akan pembangunan di depan mata.
  • dan bermacam lagi....
Sikap ini yang perlu ada pada semua pengarah Filem di Malaysia. Ada sesetengah pengarah filem lebih menekankan unsur komersil sehingga mesej yg ingin disampaikan langsung tak kelihatan dan ada juga yg tak de mesej langsung. Terdapat seorang pengarah Filem di Malaysia yg bersungguh-sungguh mengatakan filemnya mengandungi mesej atau sindiran kepada rakyat Malaysia namun bila aku menontonnya........ HAMPEH!!! Yang aku nampak filem syok sendiri ada laaaa........

"HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH memang terbaik!!!!!!!!!!!!!"

"Mamak!!.... kira semua."









Tiada ulasan:

Catat Ulasan