Ahad, 29 Mei 2011

MU tersungkur kepada pasukan terbaik dunia.

"Mamak! teh tarik satu"

Hari ini aku rasakan sungguh perit dan menyakitkan. Sudahlah badan tak berapa sihat, ditambah pulak dengan kekalahan pasukan kesayangan aku Manchester United kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Champion league awal pagi tadi. Kekalahan 3-1 seakan siaran ulangan kepada final kejohanan yang sama 2 tahun dahulu juga dengan pasukan yang sama. BARCELONA.




Macam mana pun aku tidaklah terlalu terkejut dengan kekalahan itu kerana Barcelona bukanlah calang-calang pasukan. Awal-awal lagi aku sudah tidak merasa yakin Manchester United mampu untuk menewaskan Barcelona. Sebuah pasukan yang menampilkan permainan cantik, pengawalan bola yang sempurna dan memiliki seorang pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi. Pasukan yang memiliki kesempurnaan dari segi pertahanan, tengah dan juga serangan. Sesungguhnya kejayaan ke perlawanan akhir juga merupakan satu kejayaan buat Manchester United kerana menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Eropah.

Aku sendiri menyaksikan perlawanan tersebut di sebuah kedai mamak. Seperti sudah dijangka memang penuh dengan penyokong kedua-dua pasukan walaupun siaran perlawanan bermula pukul 2.45 pagi. Dan seperti sudah dijangka juga penyokong Barcelona lebih ramai dari penyokong Manchester United. Namun aku begitu yakin dan KONFIDEN kesemua penyokong Barcelona itu bukan penyokong Barcelona yang sebenar-benarnya. Kebanyakan mereka lebih kepada penyokong TUMPANG. Mereka mungkin samada seorang penyokong Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City dan sebagainya. Oleh kerana pasukan mereka gagal untuk mara ke peringkat akhir, adalah mustahil untuk mereka menyokong MU kerana Manchester United adalah seteru pasukan pilihan mereka di EPL. hahahhahahahhahahahh

Dan apabila Manchester United tewas kepuasan di wajah mereka jelas kelihatan. Rasa puas yang tidak terperi apabila MU tewas. Sesungguhnya mereka tidak rela Manchester United merangkul satu lagi piala setelah memenangi Piala Barclays Premier League untuk kali ke 19. Dengki la tuuu....

Walau apa pun memang tidak dinafikan pasukan Barcelona memang HEBAT. Lionel Messi ku rasakan bukanlah makhluk dari planet BUMI tetapi datang dari planet lain kerana caranya mengawal BOLA sungguh sempurna. Kehebatannya menggelecek bola sudah menyamai lagenda seperti Maradona, Pele dan sebagainya. Lionel Messi berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan tidak hairanlah Messi sekali lagi akan diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia untuk kali ke 3 berturut-turut.

Kalaulah Sir Alex Ferguson berjaya memujuk Lionel Messi untuk menyertai Manchester United alangkah BESTnya.... tapi aku rasa mustahil. Corak permainan Barcelona dan Manchester United memang berbeza dan Messi lebih sesuai dengan corak permainan Barcelona. Takpelah........

"Mamak! kira air aku" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan