Isnin, 28 November 2011

Malaysia tewas kepada Bahrain.

Malaysia kalah lagi...... jom ngeteh!!!

"Mamak! teh tarik satu. Roti bakar satu set..."

Perasaan bercampur baur kat kedai Mamak tadi semasa perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Malaysia menentang Bahrain. Setelah tewas 2-0 kepada Syria rabu lepas, Malaysia begitu mengharapkan kemenangan bagi menyalakan peluang ke Sukan Olimpik. Namun apakan daya.....

Setelah bergembira kerana Malaysia mendahului dengan 1-0 pada separuh masa pertama, penyokong terus berpesta apabila Malaysia menambah jaringan hasil kesilapan penjaga gol Bahrain menjadikan 2-0. Rata-rata seakan sudah begitu yakin Malaysia akan memenangi perlawanan. Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah masing-masing. Namun dengan tidak semena-mena Bahrain walaupun bermain dengan 10 orang pemain berjaya menjaringkan 3 gol hanya dalam masa 6 minit sekaligus memenangi perlawanan. Huwaaaaa.....!!!

Aku tidak terasa apa-apa dengan kekalahan itu. Sejujurnya aku tak mengharapkan SANGAT akan kelayakan ke Sukan Olimpik. Bukan kerana aku tidak patriotik tapi bagi aku, biarlah kita ibaratkan Malaysia seperti bayi yang semakin membesar. Janganlah terus berlari sebelum belajar berjalan. Satu demi satu. Buat masa ini biarlah Malaysia kukuhkan TAPAK terlebih dahulu. Biarlah kita benar-benar menguasai Asia Tenggara, seterusnya mengaum di benua Asia dan barulah boleh bercita-cita menakluki DUNIA. Mungkin mengambil masa tapi ianya BERBALOI.

Sememangnya sudah nampak peningkatan dalam prestasi pasukan Malaysia. Kita benar-benar juara di Asia Tenggara kerana memenangi EMAS Sukan SEA berturut-turut dan penyandang juara Piala Suzuki AFF...... namun masih belum cukup KUKUH.

Malaysia kalah kepada Bahrain sebentar tadi aku tak rasa apa-apa..... tapi kalau menang ia satu BONUS.

Harimau yg masih muda ini biarlah diasah taring dan kukunya, biarlah diajar mengaum dengan penuh lantang dan bertenaga..... kerana apabila tiba waktunya..... PASTI MENGGERUNKAN..!!!!!!

Dah habis ngeteh, jom balik....

"Mamak! kira semua..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan