Sabtu, 12 November 2011

Nilai Bahasa Melayu Di Malaysia.

"Mamak! Teh tarik kurang manis satu"

Aku teringat semasa aku menonton wayang di Sunway Piramid, ketika itu kerusi di barisan hadapanku di penuhi sekumpulan lelaki. Dari raut wajah dapat ku jangka bahawa mereka berbangsa Cina. Namun sebaik sahaja mereka bersembang yg terkeluar dari mulut mereka adalah BAHASA INDONESIA dan tidak terserlah langsung loghat CINA dalam percakapan mereka. Satu perasaan kagum terbit dari hati aku. Kagum kerana masyarakat Indonesia membawa nama dan bahasa INDONESIA tanpa mengira BANGSA dan KETURUNAN.Cuba kita melihat filem2 dan drama dari Indonesia, dapatkah kita meneka secara tepat apakah bangsa dan agama mereka?

Bagi aku perkara pokok bagi sebuah perpaduan adalah BAHASA. Interaksi sesama manusia menggunakan kaedah KOMUNIKASI melalui BAHASA. Bahasa adalah sesuatu yang memudahkan kita mengenali dan memahami sesuatu budaya dan agama. Dan bagi aku di Malaysia bahasa yg sesuai adalah bahasa Melayu. Bukanlah kerana aku ni berbangsa Melayu maka aku cenderung untuk memilih bahasa Melayu tapi itu adalah   realiti situasi di Malaysia. Realiti taburan penduduk di Malaysia mencakupi semua tempat bukan sekadar di bandar-bandar elit semata-mata.


Macam nak tergelak rasanya bila ada pemimpin yg berucap menyeru kepada perpaduan menggunakan BAHASA INGGERIS. Ada juga pemimpin politik yang cukup terseksa bila nak berucap dalam bahasa melayu, tapi cukup lancar bila bercakap dalam bahasa Inggeris. Diharapkan pemimpin seperti ini akan KALAH di dalam pilihanraya samaada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Bahasa Melayu bahasa perpaduan....

"Mamak! kira...."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan