Rabu, 7 Disember 2011

Ombak Rindu mengganas. Kutip 4 juta

Rindu betul aku nak ngeteh. Jom ngeteh.

"Mamak! kopi 0 satu. Roti bakar satu set..."

Heboh sana sini. Ombak Rindu Ombak Rindu.... Buka facebook pun sama. Ombak Rindu Ombak Rindu.... Baca paper apatah lagi Ombak Rindu Ombak Rindu.... Best sangat ke Ombak Rindu tu? Tapi aku rasa memang BEST. Sebab ada  Lisa Surihani........ hehehehehehe



Baru 4 hari ditayangkan sudah mencecah kutipan 4 juta hinggit. Dahsyat betul!!! Selain Lisa Surihani, aku cuba mencari kewajaran lain bagi aku untuk aku menonton Ombak Rindu. Berbaloi ke? Baik aku layan cerita Puss In Boots. Sudahlah tajuknya langsung tidak sedikit pun menggoda iman aku. Jalan ceritanya tentulah jiwang karat kaw2. 

Rupa-rupanya baru aku tahu filem Ombak Rindu ni adalah adaptasi novel yang bertajuk...... "Ombak Rindu" lah jugak. Barulah aku faham. Rupa-rupanya ramai yang sudah jatuh cinta dengan novel ini terlebih dahulu. Jadi filem ini dapatlah menterjemah bayangan bacaan mereka ke bentuk visual yang lebih memberi kepuasan. Macam Harry Potter tu..... Dengan barisan pelakon yg dibarisi oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani menambahkan lagi perisa di dalam filem ini.

Sudah menjadi satu trend pembikin filem dan drama masa kini untuk menterjemahkan karya novel ke layar perak. Seperti sebelum ini ada filem "Lagenda Budak Setan" lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani juga drama "Nora Elena" yang diadaptasi dari novel "Kasih Yang Suci" lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha. Namun bukan semua filem yg diadaptasi dari novel itu berjaya kerana filem "Karipap-karipap Cinta" gagal di pasaran. Tajuk pun kelakar..... heheheheh

Aku cuma menunggu kalau selepas ini ada pula filem adaptasi dari novel yang BERAT dan sarat mesej. Barulah best. Asyik novel cinta jerrrr.... 

dah habis ngeteh. esok nak tengok filem "Ombak Rindu" sebab ada Lisa Surihani.

"Mamak! kira semua...."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan