Isnin, 19 Disember 2011

Panglima perang nak ludah mahasiswa.

panglima sekarang hanya tahu meludah? jom ngeteh...

"Mamak! teh tarik satu. Roti kosong tak mau banjir"

Dah tengok ke video tu? Alaaa.... video panglima perang nak meludah mahasiswa tu. Tentu ramai dah tengok punya. Ramai yang meluat dan ramai yang tergelak. Terutamanya bila dia isytiharkan kumpulan mereka panglima perang. Walaupun bahasa dan istilah yg digunakan itu agak keterlaluan, namun aku boleh pertimbangkan bahawa itu hanyalah sekadar menunjukkan perasaan ketidakpuashatian terhadap mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera Dato Seri Najib. Apakata kita tengok lagi sedutan video panglima tu.
Dan video ini adalah sebagai reaksi bagi tindakan melampau sekumpulan mahasiswa seperti yg ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Dalam hal ni aku tak menyokong tindakan kurang beretika mahasiswa terbabit. Sungguhpun kita tidak berpuashati dengan seorang pemimpin namun bukanlah begini caranya. Walau apa sekalipun Dato Seri Najib adalah ketua negara. Apatah lagi tindakan mahasiswa itu dilakukan di kawasan ibupejabat UMNO. Bagi aku mahasiswa terbabit tiada hak untuk melakukan tindakan menurunkan bendera Dato Seri Najib. Cukuplah sekadar melakukan perhimpunan protes. Kerana itu aku boleh memahami kenapa "Panglima Perang" begitu menyinga dan sanggup untuk meludah.

Mungkin ada penyokong pembangkang yang bersorak dan menyokong tindakan mahasiswa yg menurunkan bendera Dato Seri Najib. Ada soalan yang ingin aku tanyakan pada mereka. Bagaimana pula tindakan serupa dilakukan kepada pemimpin pembangkang di kawasan ibupejabat pembangkang?

Perhimpunan protes adalah hak mahasiswa, namun bendera Dato Seri Najib dan tiang bendera itu adalah milik UMNO. Dan semakin tidak manis pula apabila menurunkan bendera Dato Seri Najib di kawasan ibupejabat UMNO itu sendiri. Ada akal kita boleh fikir sendiri.........

Apapun dalam berpolitik ni biarlah kita praktikal dan jangan jadi FANATIK. Biar jadi lalang asalkan jangan jadi LEMBU.

Macam aku ni hanyalah panglima ngeteh. Dah habis ngeteh kita balik rumah lah.....

"Mamak! kira semua..."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan