Malam semalam suasana di kedai mamak begitu hangat. Boleh juga dikatakan sebagai MALAM PESTA BOLA! Manakan tidak, bermula dari pukul 7 malam lagi berlangsungnya perlawanan bolasepak yang ditunggu-tunggu peminat bolasepak. Bermula dengan perlawanan Manchester United menentang Everton dan disusuli dengan pertembungan Chelsea menentang Arsenal. Dan bermula pukul 8.30 malam pula perlawanan yang lebih penting bagi rakyat Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Negeri Sembilan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam.
![]() |
| *gambar dari Kosmo! Online |
Bagaimanapun ada satu FAKTA yang lebih menarik perhatian aku. Ia adalah mengenai seorang pemain yg berjaya menjulang Piala Malaysia sepanjang 3 tahun berturut-turut ini. Pemain itu adalah Hairudin Omar atau lebih dikenali dengan jolokan nama Hai-O. Dua tahun lepas Hairudin Omar menyarung jersi Negeri Sembilan setelah dipinjamkan oleh pasukan T-Team. Kemudian Hairudin Omar berhijrah ke Kelantan dan membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah. Namun kali ini Hairudin Omar kembali ke pangkuan Negeri Sembilan dan juga berjaya memenangi Piala Malaysia. Adalah berdosa kalau aku katakan bahawa Hairudin Omar adalah pembawa TUAH kerana ini semua adalah sekadar kebetulan. Namun kebetulan ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Apatah lagi Hairudin Omar adalah penjaring gol bagi 3 kali Final Piala Malaysia berturut-turut ini. Aku rasa ini adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang oleh Hairudin Omar.
Cuma...... perlawanan malam tadi sedikit menimbulkan perasaan SEBAK kepada Hairudin Omar kerana terpaksa menjadi PENGKHIANAT kepada negeri kelahirannya iaitu Terengganu. Namun Hairudin Omar menjelaskan beliau perlu bersikap profesional kerana majikannya adalah Negeri Sembilan. Tidak timbul soal pengkhianatan. Baginya Negeri Terengganu tetap dihatinya.........
"Mamak! kira...."






